Kehidupan awal Erling Haaland

Haaland dilahirkan pada 21 Julai 2000 di Leeds, West Yorkshire, England, ketika bapanya Alfie Haaland bermain bagi Leeds United dalam Liga Perdana pada masa itu.[4] Pada tahun 2004, pada usia tiga tahun, beliau berpindah ke Bryne, kampung halaman ibu bapanya di Norway.[5][6] Bersama-sama bermain bola sepak sejak kecil, Haaland mengambil bahagian dalam pelbagai sukan lain sebagai seorang kanak-kanak, termasuk bola baling, golf dan balapan-padang.[7] Beliau juga dilaporkan mencapai rekod dunia dalam kategori umurnya untuk lompat jauh berdiri ketika berusia lima tahun, dengan catatan jarak 1.63 meter pada 2006.[8]

Rujukan

WikiPedia: Erling Haaland http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... http://nettavisen.no/artikkel/3423560463 https://www.90min.com/in/posts/6560333-stunning-re... https://www.bbc.com/sport/football/49885026 https://www.bundesliga.com/en/bundesliga/news/elri... https://www.mancity.com/citytv/mens/inside-city-39... https://www.mancity.com/players/erling-haaland https://d-nb.info/gnd/1210603934 https://authority.bibsys.no/authority/rest/authori... https://www.dagbladet.no/sport/derfor-byttet-han-f...